Wan Hazel HomeWan Hazel Facebook
Get This

Friday 13 January 2012

Ayat yang biase kita dengar bila persekolahan bermula

Sedar tak sedar cuti persekolahan untuk sesi 2011 dah hampir ke penghujungnya, Sesi persekolahan bagi tahun 2012 dah nak bermula,jadi kepada pelajar dan murid-murid sekolah bersiap-siapkan lah minda korang dan fizikal korang untuk meneruskan perjuangan di alam persekolahan.Kebiasaannya ketika minggu-minggu pertama di sekolah, cikgu biasa akan mengucapkan ayat ini.. tak percaya korang dengarlah sendiri.. ekekke, antaranya

Kepada pelajar tingkatan 1
- Selamat datang ke sekolah menengah :D

Kepada pelajar tingkatan 2
- Jangan banyak main tahun ni, tahun depan nak amik PMR

Kepada pelajar tingkatan 3
- Tahun ni kamu PMR, buat betul-betul, PMR ni menentukan bidang apa kamu ceburi untuk tingkatan 4 nanti.

Kepada pelajar tingkatan 4
- Walaupun kamu amik SPM tahun depan, jangan ingat kamu Honeymoon tahun ni ye

Kepada pelajar tingkatan 5
- Tahun ni kamu SPM , jangan sibuk nak bercinta. Masa depan kamu tu

Benar bukan? kebiasaannya begitulah yang diperkatakan cikgu di minggu-minggu pertama persekolah. hehe

Selain itu, bagi pelajar yang dahulunya tingkatan 5 dan dah habis sekolah menengah, jangan ingat korang dah merdeka, kehidupan sebenar korang baru nak bermula. Jadi gunakan kesempatan ini sebelum keputusan SPM untuk mencari duit simpanan sebagai tambahan sekiranya melanjutkan pelajaran ke Universiti/Kolej dan sebagainya.

P/s : happy going back to school ^^v